Al-Insaan Sdn Bhd (syarikat kongsi ‘Lo Hong Ka International’) sebuah syarikat baru dan dinamik yang ditubuhkan pada Ogos 2008 bertujuan untuk menghasilkan sebuah platform untuk pengusaha-pengusaha yang baru memulakan perniagaan mereka dengan kadar risiko dan modal yang rendah serta potensi pulangan yang lebih lumayan. Baca seterusnya :-

Lemah tenaga batin - Khasiat dan kebaikan Tribulus Terrestris


Sebelum ini saya ada menulis secara ringkas mengenai kebaikan herba Tribulus Terrestris di dalam artikel Sure Men, Cordyceps dan khasiat Tribulus Terrestris, namun masih ramai yang tidak tahu akan kebaikan herba ini jika dibandingkan dengan herba-herba lain yang telah lama dikomersilkan seperti Cordyceps.




Herba Tribulus Terrestris atau dipanggil “puncture vine” ialah tumbuhan yang telah lama dipraktikkan oleh masyarakat di seluruh dunia untuk merawat pelbagai penyakit. Tribulus Terrestris secara popularnya didakwa berfungsi untuk memperbaiki seksual manusia. Di Eropah, herba Tribulus Terrestris telah digunakan dalam perubatan. Dalam sejarah Greek, ianya digunakan secara meluas untuk mengubati keadaan seperti sakit kepala, gangguan saraf, sembelit dan disfungsi seksual. Di China dan India pula, Tribulus Terrestris digunakan untuk penawar hati, buah pinggang, urinari dan kardiovaskular.




Tribulus Terrestris tumbuh secara semulajadi di banyak tempat di dunia termasuk Amerika, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Afrika. Tribulus Terrestris didapati sebagai lalang beracun yang banyak dijumpai di tepi-tepi jalan dan tanah lapang yang mana benihnya tajam dan berasa sakit apabila dipijak. Daun Tribulus Terrestris beracun kepada binatang ternakan terutamatanya kambing biri-biri apabila dimakan setiap hari dalam kuantiti yang banyak. Buah Tribulus Terrestris adalah bahagian yang paling kerap digunakan dalam perubatan tradisional. Kandungan bahan yang berbeza dalam Tribulus Terrestris bergantung kepada di mana tempat di dunia ianya tumbuh.


Cordyceps


Sama seperti herba Cordyceps, Tribulus Terrestris digunakan untuk menguatkan kesihatan fungsi libido (keinginan nafsu syahwat) dalam kadar normal, menguatkan otot dan untuk kesihatan secara menyeluruh. Disebabkan kelebihannya, para atlet telah menggunakan ekstrak Tribulus Terrestris sebagai diet tambahan untuk meningkatkan tenaga, membekalkan kesihatan fungsi hormon, meningkatkan pergerakan otot dan memberikan tenaga kepada atlet semasa sesi latihan. Kajian klinikal Tribulus Terrestris juga menunjukkan herba ini mampu menambah kesihatan tekanan darah dan kadar kolesterol dalam kadar yang normal.


Nilai khasiat Tribulus Terrestris yang tinggi telah membawa banyak kebaikan dalam bidang perubatan tradisional dan moden. Antara kegunaan dan kebaikan Tribulus Terrestris adalah:


  • Sebagai diuretik yang tidak miang dan urinari antiseptik. Digunakan untuk disurea, sakit batu karang dan kencing tidak lawas.

  • Digunakan dalam pelbagai formula herba untuk mengubati sakit kepala, masalah mata seperti gatal-gatal, konjunktivitis (radang pada membran mata), lemah penglihatan dan kegelisahan. Ianya digunakan untuk mengubati darah tinggi dan sakit tulang rusuk.

  • Kesan hormon pengimbang dalam Tribulus Terrestris untuk wanita ialah herba ini sesuai untuk sindrom premenstrual dan sindrom menopausal.

  • Mengandungi sterols seperti betasitosterol atau stigma. Bahan ini melindungi prostat daripada membengkak dan dalam kombinasi dengan X steroidal saponins, melindungi prostat daripada kanser.

  • Digunakan dalam kes mati pucuk dan spermaturia kerana ianya membantu untuk meningkatkan luteinising hormone(LH) memperbaiki pensistensisan hormon testikular seks lelaki. Jadi, ianya merupakan pembangkit syahwat secara semulajadi.

  • Kegunaan tradisional Tribulus Trerrestris telah ditemui efektif dalam gout.



Untuk merawat masalah mati pucuk dan masalah seksual lelaki, golongan ini tidak perlu lagi bergantung kepada produk yang mengandungi racun terkawal seperti Sildenafil. Dengan Sure Men, khasiat dari herba Tribulus Terrestris kini telah dikomersilkan dalam bentuk kapsul yang mengandungi 100% ekstrak semulajadi, serta ditambah pula dengan kebaikan dari ekstrak herba Cordyceps. Gandingan kedua-dua herba yang sememangnya telah terbukti sejak dahulu lagi telah mnghasilkan penawar yang semulajadi tanpa sebarang dadah dan racun bagi merawat masalah mati pucuk dan daya tahan seksual lelaki.





Setiap kapsul Sure Men 500mg mengandungi 200mg Cordyceps dan 300mg Tribulus Terrestris, tanpa mengandungi sebarang bahan tambahan seperti dadah atau racun terkawal. Oleh itu ianya adalah selamat untuk dimakan dalam jangka masa panjang malah amat digalakkan bagi meningkatkan taraf kesihatan yang lain. Produk Sure Men mempunyai pengiktirafan dari KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) serta Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan. Sekiranya berminat, boleh membuat tempahan produk atau mengemukakan sebarang pertanyaan di sini: Hubungi Kami.


Kebaikan Probiotik kepada kesihatan usus


Apa itu probiotik? Secara umumnya Probiotik adalah bakteria baik yang melekat pada dinding usus manusia untuk menjadikan manusia kekal sihat dan kuat. Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.


Klik untuk besarkan


Namun sekiranya jumlah bakteria jahat adalah lebih tinggi berbanding bakteria baik, kesan sebaliknya akan berlaku kepada kesihatan menjadikan manusia cenderung untuk mendapat penyakit seperti demam, keradangan, penyakit berjangkit serta alahan malah dalam jangka masa panjang turut mengundang kanser serta ulser kolitis pada usus besar.


Ulser kolitis pada usus besar disebabkan bakteria jahat


Adalah penting untuk kita mengenali sistem penghadaman kita kerana ia merupakan organ pertahanan badan terbesar bagi tubuh. Ekosistem di dalam sistem penghadaman kita terdiri dari lebih 400 bakteria dan ianya terbahagi kepada bakteria baik dan bakteria jahat. Dengan adanya bakteria baik di dalam badan, ia membantu menggalakkan penghadaman dan penyerapan nutrien yang lebih berkesan ke dalam tubuh.


Selain dari itu, bakteria baik atau Probiotik bertindak mengawal pembiakan bakteria jahat juga dikenali sebagai Patogen yang turut sama hidup di dalam sistem pencernaan kita. Oleh itu, dengan wujudnya bakteria baik dan bakteria jahat di dalam usus kita, keseimbangan keduanya adalah amat penting untuk memastikan kita kekal sihat dan dilindungi.


Bakteria Probiotik


Walau bagaimana pun terdapat beberapa faktor dan keadaan yang boleh mengganggu populasi bakteria baik ini seperti kesan penuaan, tekanan, pengambilan antibiotik, pil pencegah kehamilan, gaya hidup yang tidak sihat serta amalan diet yang tidak seimbang. Gangguan keseimbangan di dalam sistem penghadaman akan menggalakkan peningkatan populasi bakteria jahat yang melemahkan sistem pertahanan badan dan boleh mengundang pelbagai penyakit.


Cryobac 163


Cryobac 163 merupakan Probiotik yang telah diformulasikan khas dari Eropah dan produk ini telah mencatat jualan tertinggi sehingga 30 Billion ringgit setahun. Setiap kapsul Probiotik Cryobac 163 mengandungi 1 Billion bakteria baik dan mampu untuk hidup di dalam usus tanpa Oksigen. Teknologi proaktif Cryobac ini telah dipatenkan di Eropah, U.S dan juga Asia dan kini boleh di dapati di Insaan. Cryobac 163 dijual pada harga RM138 untuk harga runcit dan RM128 untuk harga ahli dan mengandungi 30 kapsul. Ini bermakna pada harga runcit anda hanya mengeluarkan hanya RM4.60 untuk 1 Billion bakteria baik bagi melawan bakteria jahat di dalam usus anda, satu pelaburan yang lebih baik berbanding minuman kultur dan Probiotik di pasaran. Jika berminat untuk tempahan produk atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi Admin di sini: Hubungi Kami. Maklumat lanjut berkenaan produk boleh layari di sini, Cryobac 1-6-3.