Al-Insaan Sdn Bhd (syarikat kongsi ‘Lo Hong Ka International’) sebuah syarikat baru dan dinamik yang ditubuhkan pada Ogos 2008 bertujuan untuk menghasilkan sebuah platform untuk pengusaha-pengusaha yang baru memulakan perniagaan mereka dengan kadar risiko dan modal yang rendah serta potensi pulangan yang lebih lumayan. Baca seterusnya :-

Shizeno Nano

1.Nano Gentle Peel

Dengan Teknologi Nano terkini menyediakan satu jagaan harian kulit yang halus dan lembut untuk mengelupas sel kulit mati dan merangsang prosess pertukaran sel untuk mempaparkan bahagian kulit yang sihat. Ini juga akan membantu dalam prosess penyerapan bagi produk penjagaan kulit yang lain dan juga menghalang liang pori daripada tersumbat. Ia juga mengandungi ciri pelembap yang menyuburkan dan melindungi kulit.

2.Nano Nature Spring

Ekstrak daripada air mata air yang kaya dengan mineral semulajadi yang akan membantu dalam prosess penyembuhan dan rawatan. Ia menghilangkan kesan baki pembersih, membekalkan lembapan dan zat penting, mengecilkan liang pori dan mengimbangkan nilai pH pada kulit. Selepas penggunaan, ia akan memperbaiki tekstur kulit dan mengurangkan garisan halus dan kedutan, menjadikan kulit lebih tegang dan anjal, menyegarkan dan memulihkan keremajaan kulit.

3.Nano Fairity Essence

Diperkayakan dengan pemantul cahaya dan pencerah kulit yang menggabungkan teknologi anti melanin untuk mencerahkan bintik-bintik hitam dan menghalang pembentukkan pigmen baru daripada terbentuk. Ia juga akan melembapkan dan memelihara kulit serta melambatkan prosess penuaan. Formula unggul ini memberi pendekatan holistic kepada kulit yang lebih putih dan berseri serta licin, lebih tegang dan kelihatan lebih muda.

4.Nano Hydrating Essence

Intipati berkhasiat yang mengandungi bahan-bahan aktif seperti Vitamin B5 dan Natrium PCA untuk membekalkan zat dan lembapan yang akan memperlahankan proses penuaan. Ia amat berkesan dalam membantu metabolisme tisu dan meningkatkan penjanaan semula sel-sel. Dengan itu, penghasilan kulit yang lebih sihat dan muda akan terhasil.

5. Nano UV Foundation

Ciptaan krim tanpa minyak yang berasaskan air khusus direka untuk disesuaikan dengan gaya hidup terkini yang akan kekal lebih lama, senang dan mudah untuk digunakan. Ia menghasilkan satu definisi tinggi terhadap kesempurnaan dengan meliputi liang pori, bintik-bintik hitam atau parut-parut luka jerawat serta melindungi kulit daripada kesan persekitaran berbahaya terutamanya sinar UV.

6. Nano Oxygen Mask

Satu jagaan kulit yang akan mengurangkan tekanan pada kulit dan membekalkan sumber oksigen yang diperlukan oleh kulit. Ia telah dipertingkatkan dengan prosess Nano yang akan meningkatkan kuasa penyerapan kedalam lapisan kulit. Ia juga membekal unsur-unsur yang penting seperti pelembapan, mengecilkan liang pori dan anti penuaan bagi menghasilkan kulit yang cerah dan berseri.

No comments:

Post a Comment