Al-Insaan Sdn Bhd (syarikat kongsi ‘Lo Hong Ka International’) sebuah syarikat baru dan dinamik yang ditubuhkan pada Ogos 2008 bertujuan untuk menghasilkan sebuah platform untuk pengusaha-pengusaha yang baru memulakan perniagaan mereka dengan kadar risiko dan modal yang rendah serta potensi pulangan yang lebih lumayan. Baca seterusnya :-

Enzy8 Enriched

Cara kehidupan yang sibuk telah mempengaruhi tabiat pemakanan harian kita. Kita sepatutnya mengambil makanan yang kaya dengan enzim seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar tetapi kita telah mengambil makanan yang dimasak atau diproses secara tidak sihat seperti makanan segera dan makanan dalam tin. Makanan yang diproses ini tidak mempunyai enzim!

Enzim sangat penting kerana ia mampu bertindak sebagai kunci bagi menjana fungsi metabolisme dalam badan kita. Badan kita membekalkan enzim yang terhad, ianya akan berkurangan sekiranya kita mengambil makanan yang tidak mengandungi enzim. Semakin meningkat usia, enzim penghadaman dan enzim metabolisme dalam badan kita turut terjejas. Oleh itu, adalah penting untuk kita mendapatkan makanan yang mengandungi enzim penghadaman dalam diet seharian. Proses penghadaman yang tidak sempurna akan menyebabkan masalah usus dan toksik yang beracun dalam badan kita. Ini mengakibatkan hati kita terpaksa bertindak lebih kuat untuk menyahtoksikkan makanan tersebut yang diambil seharian.

Enzy8 adalah sangat penting bagi kesihatan badan kita kerana ia membekalkan enzim penghadaman dan juga prebiotik dan probiotik. Ianya bertindak sama untuk meningkatkan proses sistem penghadaman dan memastikan perut dan usus besar berkeadaan baik, bersih dan sihat.

BAHAN UTAMA:
• Enzim
• Probiotik: Laktobasilus
• Prebiotik: Inulin Oligosakarida
• Kolagen
• L-carnitine
• Extrak biji anggur
• Extrak kulit pinus
• CoQ10

KELEBIHAN:
• Mengurangkan berat badan
• Membantu sistem penghadaman yang baik dan saluran pencernaan yang lebih sihat
• Membantu penyahtoksikan dalaman
• Meningkatkan keanjalan kulit
• Sesuai bagi pesakit kencing manis
• Mengoptimumkan pH dalam darah

CARA PENGGUNAAN:
Masukkan 1 uncang Enzy8 ke dalam 260ml air. Minum 1-2 kali sehari selepas makan.

No comments:

Post a Comment